Kacamata Tambahan Progresif (PAL)
Digunakan untuk mengawal perkembangan pesat myopia terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang menunjukkan simptom yang berkaitan dengan respon akomodatif seperti mata letih. Kanta ini direka untuk memberikan preskripsi yang betul untuk jarak jauh dan preskripsi yang lebih rendah untuk jarak hampir seperti membaca atau kerja yang memerlukan penglihatan pada jarak dekat.
Kacamata Myovision kanak-kanak
Direka untuk menangani Peripheral Retinal Hyperopic Defocus – nama teknikal bagi masalah optik yang dihadapi oleh kebanyakan kanak-kanak rabun jauh di mana bebola mata adalah lebih panjang berbanding dengan bebola mata normal. Apabila imej pada retina periferi kurang berfokus, ia menyebabkan myopia untuk berkembang lebih pantas.
Kacamata bifokal dengan Prisma
Prisma dimasukkan dalam bahagian bacaan kanta tambahan. Oleh itu, ia memberikan hasil yang baik untuk mengurangkan perkembangan myopia pada. Kanta ini memerlukan optometris untuk menguji daya penglihatan sebelum ditempah.