Search
Close this search box.

Mengenai VISTA

Kami bukan hanya sekadar Pusat Pakar Mata…

Visi

Menjadi pusat pakar mata yang terbaik di dunia.

Dengan lebih daripada 200,000 pesakit yang berpuas hati, lebih daripada 60 anugerah, 50 pembentangan klinikal antarabangsa, pelbagai artikel jurnal antarabangsa dan lebih daripada seribu 5 * ulasan di Laman Facebook kami, kami berpendapat bahawa kami berada di landasan yang betul. “

Misi

Membantu orang mendapatkan penglihatan yang terbaik dengan selamat. Mengubah Kehidupan.

Di VISTA, kami BUKAN SAHAJA membantu anda mendapatkan pemeriksaan mata, menjalani pembedahan, ataupun menyelesaikan masalah mata anda.

Matlamat kami menjangkaui rawatan perubatan … Di VISTA, kami MENGUBAH KEHIDUPAN.

Sama ada membantu mencapai impian zaman kanak-kanak anda untuk menjadi seorang juruterbang, atau seorang datuk dan nenek yang ingin menikmati kehidupan dengan cucu-cicitnya, kami bermatlamat supaya anda menikmati kehidupan sepenuhnya! “

Nilai Teras

Menghargai Individu

Menerima pelbagai penganugerahan Sumber Manusia, VISTA menyediakan persekitaran tempat kerja yang seimbang untuk membantu kakitangan kami bukan sahaja untuk maju dan belajar, tetapi juga untuk menikmati pekerjaan mereka. Sememangnya, Kakitangan Gembira = Pesakit Gembira!

Menyampaikan WOW

Kami berusaha untuk memberikan pelanggan kami suatu pengalaman yang sukar dilupai, iaitu dengan memastikan bahawa kami memenuhi lebih daripada yang mereka jangkakan.

Perkongsian Sama-Sama Menang

VISTA merupakan pusat kecemerlangan yang diperakui oleh banyak syarikat Oftalmik yang terkenal dan sering dikunjungi oleh pakar bedah dari seluruh dunia, serta menjadi pilihan sebagai pusat untuk memperkenalkan teknologi yang terkini.

Perintis Teknologi & Inovasi

Kami menghargai mata anda sepertimana kami menghargai mata kami sendiri. Itulah sebabnya kami hanya menawarkan teknologi terkini yang diluluskan dan diperakui oleh FDA, dan yang paling penting – selamat.

Sumbangan Kepada Komuniti

Selama bertahun-tahun, VISTA sentiasa berusaha untuk memberi sumbangan kepada masyarakat seperti menjalankan pemeriksaan mata percuma melalui pelbagai program seperti Karnival Mata VISTA, penjanaan dana, menderma kepada bank makanan, pembedahan mata dan perkhidmatan percuma kepada yang memerlukan. VISTA juga telah menganjurkan Program “VISTA Youth Challenge” untuk menyediakan platform bagi belia hari ini dalam menjalani latihan dan kemahiran pengurusan projek.

Bekerja di VISTA

Adakah anda seorang yang berorientasikan pelanggan & bersedia untuk menyertai pasukan pemenang kami?