Tidak dapat tahan kesakitan dan sensasi panas di mata anda?
Ini bermakna anda mungkin mempunyai DED (Penyakit Mata Kering), yang menyebabkan penglihatan kurang jelas, rasa tidak selesa, dan juga mengakibatkan kerosakan kornea yang serius.
Bagaimanakah saya tahu sama ada saya mempunyai Penyakit Mata Kering?
Simptom termasuk:
Mata yang berair
Sensasi panas
Rasa gatal atau perasaan ingin menggaru
Penglihatan kurang tajam atau kabur
Bagaimana kami boleh membantu?
Diagnosis Mata Kering
Sistem TearLab Osmolarity bertujuan untuk mengukur osmolariti air mata manusia untuk membantu mendiagnosis penyakit mata kering. Ujian ini adalah cepat, tepat dan dapat memutuskan sama ada simptom anda adalah disebabkan mata kering atau masalah lain.
Rawatan
Rawatan berbeza bergantung kepada jenis dan tahap penyakit mata kering. Rawatan ini memerlukan kerjasama antara pesakit dan klinik yang boleh mengambil masa sehingga 1 bulan untuk menampakkan hasilnya.
Melegakan
Air Mata Tiruan
Air mata tiruan terbukti dapat melembapkan, menghidrat, dan membantu mengelakkan air mata semulajadi anda kering. Walau bagaimanapun, adalah lebih penting untuk mengenal pasti punca mata kering melalui pemeriksaan mata komprehensif dengan doktor mata untuk mendapatkan rawatan yang betul.
Membersihkan
Tisu Basah Penjagaan Kelopak Mata
Tisu basah pembersih kelopak mata digunakan untuk membuang kotoran dan solekan mata yang boleh menyebabkan kerengsaan mata.
BlephEx
BlephEx adalah peralatan perubatan revolusi yang berfungsi untuk membantu merawat blepharitis dan penyakit mata kering. Ia digunakan untuk menyingkirkan debu dan kotoran yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan radang kelopak mata yang teruk. Selepas pembersihan, anda dapat menghasilkan lebih banyak air mata semulajadi.
Merangsang
E>Eye IPL
E>Eye IPL (cahaya berdenyut sengit) direka untuk rawatan mata kering akibat Meibomian Glands Dysfunction (MGD). Ia menggunakan denyutan cahaya untuk merangsang kelenjar Meibomian bagi menghasilkan aliran lipid semula jadi dan mengelakkan penyejatan air mata serta mengurangkan rasa tidak nyaman di mata.
Kapsul Minyak Ikan PRN Omega 3
Formula terbukti untuk kelegaan mata kering secara natural. Produk omega-3 ini adalah yang pertama terbukti untuk menangani masalah utama mata kering yang disebabkan oleh blepharitis / Meibomian Gland Dysfunction.
Kerap rasa gatal atau sensasi panas di sekeliling mata anda?
Kini, terdapat rawatan revolusi yang boleh MEMBERSIHKAN kelopak mata untuk aliran air mata yang lancar, MERANGSANG kelenjar air mata untuk RASA yang nyaman, PENGLIHATAN yang lebih baik.