Tiada tisu yang disingkirkan, keadaan kornea yang mendung sangat jarang berlaku, maka anda boleh menikmati penglihatan yang lebih baik hampir serta-merta.
ICL mampu merawat sehingga -20.0 diopter, manakala LASIK tidak sesuai untuk pesakit berkuasa tinggi kerana ketebalan kornea.
Tidak seperti LASIK, tiada tisu kornea yang disingkirkan atau dibentuk-semula secara kekal dalam prosedur ICL.
ICL tidak akan menyebabkan mata kering, oleh itu ia bersesuaian untuk pesakit yang mempunyai masalah mata kering sebelum ini.
Satu kelebihan penting ialah walaupun ICL boleh membaiki penglihatan anda secara kekal, ia boleh dikeluarkan dan / atau diganti apabila perlu.
FEMTO LDV Z8 adalah salah satu laser femtosecond yang paling canggih pada zaman ini. Ia mempunyai fleksibiliti dan ketepatan yang luar biasa serta reka bentuk Ziemer yang kompak dan mudah alih. OCT yang bersambung membolehkan pembedahan yang benar-benar bersesuaian dengan pesakit.