Program Pengawalan Rabun Jauh termasuk:
* Program 1 tahun ini akan diselia dengan teliti oleh Oftalmologi dan Optometris Klinikal kami.
Untuk kawalan myopia, kanak-kanak diberikan kepekatan Atropine yang sangat rendah iaitu 0.01% yang bertujuan untuk melambatkan peningkatan dan mencegah perkembangan pesat rabun jauh.
Kanak-kanak yang menggunakan Atropine dalam program Pengawalan Rabun jauh biasanya memakai cermin mata pada waktu siang, dan titiskan setitik Atropine untuk setiap mata sebelum tidur. Ubat mata biasanya tidak akan menyebabkan rasa pedih, atau menjejaskan dan kemampuan untuk fokus.
Cermin mata khas boleh membantu masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. Cermin mata ini focus pada punca masalah dan membantu meringankan ketegangan mata kanak-kanak.
Kacamata Tambahan Progresif (PAL)
Digunakan untuk mengawal perkembangan pesat myopia terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang menunjukkan simptom yang berkaitan dengan respon akomodatif seperti mata letih. Kanta ini direka untuk memberikan preskripsi yang betul untuk jarak jauh dan preskripsi yang lebih rendah untuk jarak hampir seperti membaca atau kerja yang memerlukan penglihatan pada jarak dekat.
Kacamata Myovision kanak-kanak
Direka untuk menangani Peripheral Retinal Hyperopic Defocus – nama teknikal bagi masalah optik yang dihadapi oleh kebanyakan kanak-kanak rabun jauh di mana bebola mata adalah lebih panjang berbanding dengan bebola mata normal. Apabila imej pada retina periferi kurang berfokus, ia menyebabkan myopia untuk berkembang lebih pantas.
Kacamata bifokal dengan Prisma
Prisma dimasukkan dalam bahagian bacaan kanta tambahan. Oleh itu, ia memberikan hasil yang baik untuk mengurangkan perkembangan myopia pada. Kanta ini memerlukan optometris untuk menguji daya penglihatan sebelum ditempah.
Ortho-K adalah kanta lekap yang direka khas untuk membentuk semula atau meratakan kornea yang perlu dipakai sewaktu tidur. Pada keesokan harinya, anda dapat menikmati penglihatan yang jelas sepanjang hari tanpa cermin mata atau kanta lekap.
Siapa yang boleh menggunakan Ortho-K?