Mata yang berair
Sensasi panas
Rasa gatal atau perasaan ingin menggaru
Penglihatan kurang tajam atau kabur
Air Mata Tiruan
Air mata tiruan terbukti dapat melembapkan, menghidrat, dan membantu mengelakkan air mata semulajadi anda kering. Walau bagaimanapun, adalah lebih penting untuk mengenal pasti punca mata kering melalui pemeriksaan mata komprehensif dengan doktor mata untuk mendapatkan rawatan yang betul.
Tisu Basah Penjagaan Kelopak Mata
Tisu basah pembersih kelopak mata digunakan untuk membuang kotoran dan solekan mata yang boleh menyebabkan kerengsaan mata.
BlephEx
BlephEx adalah peralatan perubatan revolusi yang berfungsi untuk membantu merawat blepharitis dan penyakit mata kering. Ia digunakan untuk menyingkirkan debu dan kotoran yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan radang kelopak mata yang teruk. Selepas pembersihan, anda dapat menghasilkan lebih banyak air mata semulajadi.
E>Eye IPL
E>Eye IPL (cahaya berdenyut sengit) direka untuk rawatan mata kering akibat Meibomian Glands Dysfunction (MGD). Ia menggunakan denyutan cahaya untuk merangsang kelenjar Meibomian bagi menghasilkan aliran lipid semula jadi dan mengelakkan penyejatan air mata serta mengurangkan rasa tidak nyaman di mata.
Kapsul Minyak Ikan PRN Omega 3
Formula terbukti untuk kelegaan mata kering secara natural. Produk omega-3 ini adalah yang pertama terbukti untuk menangani masalah utama mata kering yang disebabkan oleh blepharitis / Meibomian Gland Dysfunction.