Di VISTA, kami menyediakan rawatan dengan teknologi yang telah dicuba, diuji dan terbukti. Apa yang kami tawarkan adalah apa yang diluluskan FDA (Pentadbiran Makanan & Ubat-ubatan US) dan juga boleh didapati di kebanyakan pusat rawatan mata yang terkemuka di dunia, sama ada LASIK atau Katarak.
Yang paling penting, ia adalah apa yang kami gunakan untuk diri sendiri dan orang yang kami cintai.